5 Mitos tentang ACCA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dah lama saya tak bersiaran. Dah berkarat dah nak type entry tapi, saya gigihkan kan diri jugak lah demi pembaca blog tersayang. (Ececeh..) :p

Entah macam mana, entry saya tentang 14 Papers in ACCA yang lepas mendapat banyak perhatian lah pulak. Ekoran daripada itu, saya terima banyakkk sangat soalan daripada pembaca blog. Kebanyakan soalan-soalan tersebut adalah lebih kurang sama je.. Jadi, saya simpulkan di dalam entry ini ya. :-)

Ini adalah antara respond yang saya selalu dapat;

Mitos #1: Betul ke susah nak apply ACCA..??


Sebenarnya, nak apply ACCA ni sangat lah senang dan siapa-siapa pun boleh apply ACCA. Saya tak pasti pula tentang minimum umur…tapi, akak-akak yang dah umur 40 tahun pun boleh apply ACCA ni dan kalau daripada background degree in engineering (selain daripada background accounting) pun boleh nak apply. Tu contoh laa..nak bagitau betapa sesiapa pun boleh apply ACCA. Hehe..

Jadi, macam mana nak apply ACCA ni? Betul ke senang je nak apply?



ACCA stands for the Association of Chartered Certified Accountants, a Professional Accountancy Body which is recognised globally. In order to get the qualification, you have to pass a maximum of 14 written exams in English and have relevant practical experience which you can gain in any business sector you are working in.


Cara nak apply ACCA adalah cuma perlu register di website ACCA dan bayar yuran (yuran pendaftaran, yuran tahunan dan yuran peperiksaan). Tadaa… dah siap and jadi ACCA student. Macam tu je.. Yang menjadi sedikit complicated adalah tempat belajar…atau nama glamour nya, tuition provider.

Tempat belajar ACCA dan ACCA adalah dua badan yang tak sama ye.. Apa yang lainnya? Dia macam ni… Segala silibus pembelajaran, soalan peperiksaan, examiner (yang tukang tanda kertas jawapan exam tu..) dan termasuklah yuran-yuran, semuanya daripada ACCA yang mana headquarters nya di UK.

Tugas ACCA students ni cuma perlu belajar and amik exam ACCA. Nak belajar tu yang kena belajar di tuition provider ACCA. Oleh kerana ACCA ini adalah worldwide, maka ada banyak tuition provider ACCA di seluruh dunia.

Kalau di Malaysia, yang famous adalah Sunway College, INTEC (dulu Uitm – IPTA, sekarang dah jadi swasta), KPTM (Kolej Poly-Tech MARA) and etc. Kalau tempat yang tak famous, (sebenarnya bukan tak famous tapi, hanya famous dalam kalangan budak-budak ACCA) Kolej Bandar, Kolej Kasturi, Kolej FTMS, HELP College dan yang paling latest dan paling best ialah YES Academy! *wink2*
Dan…..kalau taknak masuk kolej pun boleh sebenarnya! Boleh beli buku dan belajar sendiri..atau pun belajar dekat online FREE.. banyak jee website ACCA. Jadi, apa yang saya nak sampai kan di sini ialah…nak apply ACCA tu SENANG JER sebenarnya. Nak apply masuk ke tuition provider ACCA pun senang jer…asalkan ada duit. Hihi.. Yang SUSAH adalah…nak LULUS EXAM. Ngeee…! :D

P/s: Untuk lebih banyak lagi info boleh layari website ACCA www.accaglobal.com 


Mitos #2: ACCA jimat masa?


Yang ni memang selalu saya dengar daripada ramai pembaca blog saya. Kebanyakan nya yang nak sambung ACCA sebab nak jimat masa. Kononnya, belajar ACCA "empat tahun jerr…" (kalau lepasan SPM) atau 2 tahun setengah jerr (lepasan Diploma) lepas tu dah grad and boleh terus kerja..! Dah tak payah ambik degree dah and tak perlu belajar lagi dah untuk Master atau apa-apa lagi sebab ACCA sahaja dah cukup.




Atas kertas atau pun in theory memang lah macam tu..memanglah sekejap je.. Tapi, in reality bukan macam tu ye sayang… Tidak sama sekali. Dulu-dulu pun salah satu sebab saya nak sambung ACCA dan tak nak ambik degree adalah sebab nak jimat masa.

Tup- tup, kawan-kawan saya yang sama-sama diploma dulu dah habis degree dan dapat kerja, saya, masih lagi terkontang-kanting study untuk ACCA. Huhuhu…

Kenapa jadi macam ni? Ini akan membawa kepada soalan yang paling femes iaitu….Susah sangat kee ACCA??? Jawapan dia adalah, Ya. ACCA memang susah. Nak lulus tu, memang sangat susah. Tapi…bukan lah bermakna tak boleh nak lulus langsung...

Jadi, nasihat saya, saya bukan nya nak menghalang anda semua nak sambung ACCA..tapi, mesti tahu dulu risiko yang bakal dihadapi. Dan kalau niat nak sambung ACCA semata-mata nak jimat masa, kena fikir balik. Betul, bagus dah ada niat nak cepat-cepat grad dan boleh kerja. Tapi, kena fikir balik…kalau lah…kalau…kalau tak dapat grad on time, adakah anda akan menyesal atau give up?

Jika jawapan anda ialah Ya. Please think back and consider again your decision to further study in ACCA. Ini khas untuk adik-adik yang belum ada Degree lah. Kalau dah ada degree tu, tak payah nak ngada-ngada fikir sangat lah. Sambung je ACCA terus. :P


Mitos #3: Lepasan Diploma Tak Boleh terus sambung ke ACCA.


Saya juga banyak terima soalan berbentuk begini. “Ohh..lepas habis Diploma, boleh sambung ACCA ke..?? Ingatkan tak boleh…” Sebenarnya BOLEH ye… Saya dah explain dah pasal ni dalam entry saya yang lepas. Tapi, mungkin korang terlepas pandang. :P



Saya tahu.. korang ni bukan nya malas nak baca.. tapi nak cepat kan.. Tak de masa nak baca panjang-panjang. :P Oleh kerana mood saya baik, saya cerita lah lagi sekali..hahaha

p/s: Kalau korang perasan, dalam gambar ni, saya cuma bagitahu berapa paper ACCA
yang perlu diambil tapi, tak bagitahu pun tempoh masa nak abiskan papers tu.
Jadi faham2 lah ya, maksudnya memang tak sure and tak fixed
tempoh masa untuk habiskan semua paper. Huhu

Lepasan SPM boleh sambung ACCA tapi kena amik foundation in ACCA dulu atau nama glamour dia, Certified Accounting Technician (CAT). Lepas CAT, kena ambil lagi 11 Paper ACCA.

Manakala, jika lepas SPM, kemudian anda sambung Diploma in Accountancy (UiTM), boleh terus nak ambik ACCA dan perlu ambil lagi 10 Paper ACCA. Jika anda adalah lepasan Degree in Accountancy from UiTM, anda hanya perlu ambil lagi 5 Paper ACCA.

TAPI, jika anda adalah lepasan degree in Accountancy daripada selain UiTM, bilangan paper ACCA yang perlu di ambil mungkin lagi banyak... It depends.. Sama jugak jika anda daripada Degree selain Degree Perakaunan bilangan paper ACCA yang perlu diambil adalah lagi banyak kalau dibandingkan dengan lepasan degree in Accounting.

Satu lagi, kalau anda lepasan Diploma selain Diploma in Accountancy UiTM pun bilangan paper ACCA yang perlu diambil mungkin tak sama. Macam yang saya kata mula-mula tadi..sesiapa pun boleh ambik ACCA..tapi, bilangan paper yang perlu diambil tu mungkin tak sama. :)

Untuk pengetahuan korang semua, saya merupakan pelajar lepasan Diploma in Accountancy di UiTM dan kemudian terus sambung ke ACCA. Jadi, kalau nak tanya saya soalan, lebih baik tanya soalan yang berkaitan sahaja. Jika anda tanya saya tentang CAT atau pun Degree susah sikit saya nak jawab sebab saya tak ada pengalaman pasal tu.


Ok, dah clear dah pasal ni ye? Lepas ni tolong jangan tanya saya soalan yang sama lagi ya please… :-)


Mitos #4: Lepas graduate ACCA terus jadi Professional Accontant atau pun Chartered Accountant (CA).


Sangat ramai orang berpendapat apabila tamat sahaja belajar ACCA atau pun bila dah completekan lulus semua paper ACCA, seseorang itu akan terus bergelar Chartered Accountant (CA). Dan dah boleh terus dapat kerja pangkat tinggi and gaji besar… Sebenarnya ianya hanya lah dongeng kayangan semata-mata. Hahaha…





Nak tahu satu rahsia tak? Ermm..sebenarnya..dulu saya pun berfikiran macam tu. Hahahaha.. Perasann sangat kannn… Dulu-dulu, saya ingatkan selepas grad ACCA, saya akan terus jadi ACCA members. Sekali, hampehhh..

Dah lahh dah belajar teruk-teruk, susah..penat..mahal.. bila dah grad takde apa-apa title pun.. Sedih kan? Habis tu…graduan ACCA ni dapat ape jee lepas dah habis belajar? Ok, kita cuma dapat title ACCA Affiliate. Ok lah tu..gempaklah jugak title tu walaupun sebenarnya tak ada apa-apa beza pun saya rasa. Hehe..

Habis tu, macam mana caranya nak jadi CA ni..?? Cara untuk menjadi CA adalah dengan bekerja di dalam industry perakaunan selama 3 tahun. Lepas tiga tahun bekerja, baruuu lah dapat title CA atau pun ACCA Members.

Untuk pengetahuan anda semua, Proffesional Accountant, Chartered Accountant, ACCA Members tu benda yang sama lah ye. Jangan buat-buat confuse lak. Huhuhu.. Penat saya explain ni.. :-P

Sebenarnya, kalau lepasan degree yang bekerja di dalam industry selama 3 tahun pun..akan dapat jugak title CA ni. Jadi persoalan yang akan timbul adalah…Habis tu, apa special nya ACCA Affiliate ni??”

Kalau lepasan degree, kebiasaannya kena kerja di audit firm yang tertentu sahaja (Big 4 Firm) baru dapat title CA selepas 3 tahun bejerja. Itu pun mereka hanya dapat title CA sahaja dan MIA Members. *tapi fakta ni saya tak berapa sure sangat. Sebab saya tak ada degree jadi tak ambik port sangat pasal ni. Nak lebih tepat check sendiri balik ye.hehe*

Kelebihan ACCA Affiliate adalah..tak semestinya kena kerja di Big 4 Firm sahaja.. Kalau bekerja di medium firm atau pun selain audit firm selama tiga tahun pun tetap boleh dapat title CA plus ACCA members dan automatic dapat jadi MIA members (if kerja di Malaysia lah). *Ok, fakta ni betul sebab I am an ACCA Affiliate jadi kena lah ambil tahu kan..hehe*

Tapi, ada prosedur-prosedur dia jugak lah. Yang tu, tunggu saya jadi CA dulu lah baru saya cerita. Now tak expert lagi. :P Jadi dah clear ya pasal ni? Jangan lepas ni buat-buat terkejut pulak bila bagitahu kena kerja 3 tahun dulu baru dapat jadi CA. Ngeee…


Mitos #5: Fresh Grad ACCA gaji RM10 ribu sebulan.


Ramai students yang fikir…mereka belajar teruk-teruk semasa di Universiti, apabila grad je, peluang pekerjaan duk beratur menanti dan dapat gaji RM5ribu..6 ribu.. sebulan. Amboiii… Sebenarnya TAK MACAM TU OKAYYY…

Saya menyeru para students semua supaya buka minda skit and banyakkan berkawan dengan orang yang dah grad..atau kawan dengan akak-akak senior yang semester akhir.. Dah berkawan tu jangan la duk lepak saja-saja sembang pasal gossip artis pulakk.. Tanya lah dia pasal life after study macam mana..etc..takkan nak tanya apa pun nak kena habaq..huhu.. Gurau je.. :P

Selepas dah baca penjelasan saya tentang Chartered Accountant tadi…harapnya dapat lah ye buang segala imaginasi mengarut-mengarut macam tadi. Hehe.. Dah kalau nama nya belum CA, haruslah gaji nya juga bukan gaji CA. Huhu..

Ramai yang fikir.. Owh, lepas grad ACCA je dapat kerja gaji BESAR… Ada juga yang ingat gaji fresh grad ACCA lebih tinggi daripada fresh grad Degree. Sebenarnya TAK pun. Gaji fresh grad ACCA dan fresh grad degree lebih kurang SAMA SAHAJA. Dah nama pun FRESH GRAD..tak ada pengalaman kerja. Jadi, gaji pun gaji fresh grad lah. :-)


Kidding right? ;p


TAPI……….sebenarnya ADA BEZA dia. Hehe.. Cuma it depends. Tak fixed. Ianya bergantung kepada tempat kerja yang kita apply tu. Contohnya, kalau di Big 4 firm, memang gaji fresh grad ACCA lagi tinggi daripada gaji fresh grad degree. Ada lah..beza dalam RM100 atau RM200… sadis kan??

Cuma kelebihan ACCA graduate kalau di Big 4 firm, selepas 4 atau 5 tahun, kalau tetap nak stay di audit firm, kena ada ACCA baru boleh naik pangkat. Jadi, macam mana-mana pun kena ada ACCA jugak lah.

Contoh kalau kita tak bekerja di audit firm atau bidang commercial pula, gaji lepasan ACCA dan degree sama je. KECUALI kalau syarikat tu ikitiraf ACCA dan memang mengutamakan sesiapa yang mempunyai ACCA. Jadi kalau bekerja di commercial, sama je lah gaji nya.

Kalau ada yang tertanya-tanya, berapakah gaji fresh grad accounting kalau kerja di bidang commercial, jawapan nya adalah bergantung. Gaji boleh jadi RM2ribu hingga ke RM4ribu untuk gaji permulaan. Bukan RM12ribu atau RM15ribu ye..korang ingat ni hantaran kahwin ke..? Hehe.. Gurau2..!

Starting salary ni juga bergantung kepada saiz syarikat dan juga lokasi syarikat tu. Kalau nak gaji tinggi-tinggi kena lah apply dekat syarikat yang besar-besar iaitu Multi National Company atau pun Government Link Company.

Dan satu lagi, kebiasaan nya kalau ada ACCA, lebih senang nak dapat kerja. Tapi, saya tak berani nak jamin nak kata kalau ada ACCA confirm senang dapat kerja. Sebab rezeki di tangan Tuhan. Kalau Allah taknak bagi, tak dapat jugak. Gituuh..tetibe masuk mode islamic kejap. Huhu.

Kesimpulannya adalah, soal gaji ni, bergantung kepada banyak faktor. Tak ada jawapan yang fixed kalau orang tanya berapa gaji graduan ACCA/Degree, saya tak dapat nak jawab secara specific. Huhuhu..




Jadi, sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Kalau ada salah n silap, saya minta maaf banyak-banyak. Dan tolong betulkan kat mana yang silap tu. Hehe.. Next entry saya akan kongsikan lebih lagi tentang ACCA. InsyaAllah.. :-)







Sobiha Salim
aininsobiha@gmail.com


Comments

  1. Saya lepasan diploma. Tengah buat acca. Tengah cuak tunggu result. Huhu. Mohon doa sy pass. Seriously. Acca bukan satu gurauan. ! Haha.

    ReplyDelete
  2. Saya lepasan diploma. Tengah buat acca. Tengah cuak tunggu result. Huhu. Mohon doa sy pass. Seriously. Acca bukan satu gurauan. ! Haha.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hai... sobiha.. nk tnya, awak cari tempat intern dulu mcm mana? College suggestkan tempat or pergi big4/5 atau cari mana2 co yg accept student acca? Utk praktikal 3tahun after finish all papers

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 years after dah abis paper tu bukan intern. Tu dah kerja as usual. If intern, biasa paling lama 6 bulan je.
      Lepas abis paper meaning dah terus grad. N terus kerja. Tapi kena bagitau acca kita kerja kat mana. After 3 years kerja baru dapat ACCA memberships. 😊

      Delete
    2. And lagi satu, students ACCA xde internship. 😀

      Delete
    3. assalam kak. akak nak jual buku2 akak? kalau nak jual, boleh email ke saya ye hadidavis95@gmail.com. terima kasih kak

      Delete
  5. Salam saya nk tnye, dlu akak amek dip in accountact tu brpe rm total kos agk2? Sye ade tnye senior dia ckp 600 satu sem, so klau 3 thun 3600+- btul ke? (Tk trmsuk kos makan) . And lgi satu akak skrg tgh ambil paper ape utk acca ni ? Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply..hahaha..
      If anything boleh whatsapp akak ye..

      Delete
  6. Oh bru bce entry lps psl 14 papers in acca, so kirenye akak dh abes acca la ni kan,skrg akak kerja ke ape? Kerja ape and kt mne? Hrp reply tqvm

    ReplyDelete
  7. Penjelasan terbaik... .tq.
    Betul ke jadi acca ni kerja gila2 sampai tiap mlm overtime nye? Xde sosial life?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends on your kerja actually. Sebab graduate accounting boleh kerja banyak bidang.

      Delete
  8. Salam, hi what a good entry you got here, thank u for sharing such useful information w us. Anyway, I get an offer to work w pwc Malaysia at Pwc Ipoh while doing ACCA papers which the firm will sponsor my studies and exam papers. Ape pandangan awak ek? Sy pelajar diploma perakaunan uitm and inshaaAllah will finish my diploma on this coming July...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nak tanya.... awak ada kena iv before u get offer to work with pwc?

      Delete
    2. Yes. Ada iv and a bit test.

      Delete
    3. Kalau test tu kan test apa ye?...
      Kalau pass trst and iv tu baru bolrh dpt lah kan...susah tak test and iv?

      Delete
    4. Go for it. Kawan kepada kawan saya pun macam ni, ACCA tak habis lagi tapi dah kerja dengan Shell, umur 23 tahun dah earn RM5000 sebulan.

      Delete
  9. Nak tnyaaa.
    Andaikan saya mempunyai acca tetapi tidak mempunyai degree. Adakah terdapat syarikat yg akan menolak saya kerana perkara tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ACCA considered as higher than degree. InsyaAllah the comoany wont reject you in fact lagi suka ada lah.. But then again, tengok company jugak. Usually big corporation memang acknowledge ACCA.

      Plus sebenarnya ramai je yang ada ACCA without degree. Including myself. :)

      Delete
    2. Assalamualaikum...just nk tanya... buat CAT lps tu ACCA... langsung xda degree accountancy... dah kira grad ke...& terus bole cari kerja ke...?

      Delete
    3. yee boleh sebab ACCA tu kira macam degree jugak.Boleh apply terus kerja lepas settle ACCA

      Delete
  10. Assalamualaikum , Saya nak tanya, saya sedang ambil course diploma bidang pengurusan teknologi perakaunan , Lepas saya tamat nanti boleh ke nak sambung acca atau sambung degreee perakaunan ?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum sis. Saya lepasan spm 2017. Sains tulen. Tapi act saya minat akaun. Lpas je abis spm aritu ckgu ade suggest belajar kat satu kolej ni, acca dip in accounting and bussines. Die bagi keje n company tu akan support kos acca untuk paper 1-3 . Then saya accept je, act tak brape tau pasal acca tapi minat lah nak join sbab ade akaun. Skrng bile dah tau, saya rasa takut plak. Boleh ke orng mcam saya nak catch up 😢 ape pandangan sis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belajar Sains IT masa sekolah sekarang ada lagi beberapa bulan nak habis degree in accountancy. Nothing is impossible, go for it.

      Delete
    2. Lepasan stpm boleh buat acca? Berapa tahun? Kos berapa kalau tak join uni?

      Delete
  12. Assalamualaikum sis. Saya lepasan spm 2017. Sains tulen. Tapi act saya minat akaun. Lpas je abis spm aritu ckgu ade suggest belajar kat satu kolej ni, acca dip in accounting and bussines. Die bagi keje n company tu akan support kos acca untuk paper F1-3 . Then saya accept je, act tak brape tau pasal acca tapi minat lah nak join sbab ade akaun. Skrng bile dah tau, saya rasa takut plak. Boleh ke orng mcam saya nak catch up 😢 ape pandangan sis ?

    ReplyDelete
  13. Sy calon SPM tahun ni dan ambik course Prinsip perakaunan. Bila ckgu ckp psl ACCA ni terus tanam cita2 tinggi nk masuk... mula berangan2 nak bergaji tinggi umur 20tahun ... tapi lepas buat research , hampeh...ternyata fikiranku masih kanak2 :( hmmm.. rasanya lps SPM ni nk sambung diploma in accountancy je lah. Sedihnya rasanya memikirkan betapa beratnya hidup ini.

    ReplyDelete
  14. Saya plan nak buat ACCA lepas habis degree ni. Tu pun nak buat part time, yang penting secure kerja dulu sebab banyak competition nowadays. Dah ada kerja, baru fikir proceed ACCA.

    ReplyDelete
  15. Bole tak sy tahu bagi course degree perakaunan+acca. Ada beza tak dgn acca sahaja.

    ReplyDelete
  16. hi..boleh tak tlg guide sy brp patot sy isi untuk salary expectation for fresh grad acca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM2850. Tapi kalau big 4 letak RM3000.Salary depend on industry tu jugak. Kalau small firm letak RM2600.

      Delete
  17. Kalau nak ambil ACCA, pastikan penguasaan bahasa Inggeris anda adalah memadai ( up to standard ) sebab kelima2 P Papers amat mementingkan penulisan dan analisis yg mendalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, nak tanya hehe. Sis/abang dah habis ambik ACCA ke? Boleh tak share laluan kerjaya sis dari lepas SPM? Masuk uni mana, ambik apa?

      Delete
  18. Saya lepasan diploma pengajian perbankan.. Boleh ke sy apply ACCA terus? Ke kena ambk CAT dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.... Sebab CAT tu macam foundation. So, kalau ade diploma in banking boleh terus ke ACCA dan start dekat paper F1.

      Delete
  19. Saya nak mintak pendapat. Saya memang nak ambik acca and saya tak kisah sangat either doing cat then acca atau matriks acca atau diploma acca atau diploma degree then acca. Saya dapat tawaran buat cat acca dekat kptm. Saya dah buat payment confirmation untuk kptm tuu :) tapi saya ada problem sikit. In the same time saya ada mohon ipg sebab parents saya memang nak saya jadi cikgu sebab peluang kerja agak terjamin. Jadi saya lepas saringan pertama ipg untuk ke saringan kedua. Parents saya nak sangat saya ke ipg cuma saya nak sambung acc :) saya nak pendapat from whoever reading this, antara ipg , kptm dan matriks (sebab upu belum keluar), which one is better ? :")

    ReplyDelete
  20. Hi. Saya ada diploma tp bukan dln bidang account. Dan baru2 ni saya ada apply CAT. Saya apply pun sbb saya bekerja dlm bidang ini as a clerk account so disebbkan ini saya ambil CAT. Klau ambil CAT dulu x pe ke? And ada x cra nk ambil CAT secra part time?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tolg jawab ya..bole sgt ..acca or cat ni sgt tinggi level lebih pd master tau..mcm phd la..klau dh ade acca tkyah ade phd pun..bole je bljr parttime cek dgn akademi yg ade offer ni byk

      Delete
  21. Saya nak tanya saya lepas SPM skrg ni saya amik diploma business so bole ke kalau saya nak amik degree accounting

    ReplyDelete
  22. Saya pula bekas pelajar bisness administration. Spm agak teruk dulu, cerita 14 tahun lepas. Study diploma BA tak abis dulu sebab keluarga tak cukup fund utk biaya. Terpaksa lah dropout. Kerja pula Di bidang construction selama 10 tahun. Lepas tu masuk pula syarikat berkenaan asset, Dan juga kebetulan finance dia nak resign. Sebelum resign, saya belajar sedikit demi sedikit, Dan akhirnya selama setahun buat jaga akaun company sendiri termasuk GL, entry duit keluar masuk, entry purchasing Dan sales, bank recon setiap bulan, uruskan invoice, Dan buat kan taxation utk company especially insentif2 yg sepatutnya company boleh claim(CA). Baru saya tersedar, yg saya sebenarnya minat dalam perakaunan. Teringin sangat nak ambil ACCA. The problem is, Spm saya result agak teruk. Biasalah, muda2 dulu ego, bila dah masuk 30an baru tersedar. Boss saya since dia tgk saya banyak bantu syarikat especially dapat save company tax, dia sanggup sponsor utk sambung belajar amik foundation in accounting, and then pursue in ACCA. Dgn syarat part time atau online je la. Masalahnya pula, saya tgk banyak Uni hanya nak ambil student with at least credit in Spm, which is saya ni dikira disqualified terus la. Hmmm. 😭

    ReplyDelete
  23. Hi..
    Saya nak tanya..
    Mungkin persoalan saya ni agak biasa dan dah bagi tahu dkat blog sebelum ni.
    Tapi saya masih perlukan pencerahan..

    situasinya begini:-
    Saya ni dah grad diploma 5tahun. Selepas grad sy bekerja di bnyak syarikat di sektor swasta.
    Dan saya terbuka hati untuk sambung belajar dan sy memang ada pasang niat untuk sambung ACCA.

    Persoalan saya :-
    1- sy ingin ambil Part time untuk sambung belajar. adakah disarankan?

    2- sekiranya sy tidak pass untuk jawab exam adakah terus disqualified atau boleh carry paper?

    3- Selepas sy grad adakah sy terus dpt CA? Sebab sy dah bekerja lebih 4thn sebagai pembantu akaun?

    ReplyDelete
  24. Hi. Nak tanya. From CAT boleh ke sambung degree?

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum akak ACCA tu susah ke sbb saya dpt tawaran sambung CAT lepastuu ACCA, bagi pendapat akak camne kita nk pass ACCA tanpa repeat paper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tolg jwb ye..utk org yg dh b iasa dgn akaun ni tkla sush acca tu..kene teliti belajar dia..exam dia tu yg mahai...nak score kene study btuii b4 exam ...hrp mmebantu

      Delete
  26. slm..tq utk sharing info nice blog dik ..akak share ya..kalau ade yg minat program under USPSI PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department).

    ReplyDelete
  27. jadi kalau saya ambil jurusan mtematik kewangan, blhkah saya apply untuk ACCA ke perlu ada CAT dulu?

    ReplyDelete
  28. Kalau saya skrg degree in economy, boleh ke saya nak ambil ACCA selepas degree???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan ya.. Boleh je ambil ACCA terus, tapi kemungkinan besar takdapat full exemption untuk fundamental paper.. Jadi kena amik exam dulu untuk paper fundamental.. Kalau dari degree account terus boleh amik professional paper..

      Delete
  29. Salam kak nk tanya, sya lepas hbis stpm sya nak bljar di unikl dlam bdng bachelor in accountant( hons) ..sya berminat nk ambik acca..nak apply acca kat mana..pastu nk ambik acca tu kena habis kan dulu bachelor accounting bru boleh ambik acca ke? Ke ambik masa tngah study ?..hehe sorry bnyak soalan..sbb sya nk sngat ambik acca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan ya.. Acca boleh apply dekat website dia, register and bayar fee semua tu.. And then cari mana2 tuition provider untuk ACCA macam sunwaytes, intec, kuptm, yes academy dan lain2 lagi. Banyak je, boleh search.. Awak kena habiskan dulu degree.. Sebab nanti nak guna transcript tu untuk apply exemption paper.. Acca ada 13 paper total.. Kalau dari degree awak layak apply untuk 9 paper exemption..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  30. Salam akak nak tanya, kalau kita nak ambil acca sambil kerja macam mana? Kan klu lps ambil degree blh kerja sambil ambil acca tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan ya.. Haah boleh je ambil part time acca.. Kalau dari degree boleh apply 9 paper exemption.. So tinggal ambil 4 paper je (professional paper). Awak register dekat website acca ada yuran semua tuu.. Lepastu cari mana2 tuition provider yang provide class untuk part time.. Kalau dekat kl yang famous yes academy.. Boleh juga try tymba education.. Diorang provide class part time yang tak kacau waktu kerja.. Kalau jumpa mana2 scholarship yang provide scholar untuk part time student acca pun bagus juga.. Good luck :)

      Delete
  31. Akak klau skrg ni sy tgh internship then sy nak apply ACCA bleh tak

    ReplyDelete
  32. Apa yg bezanya acc uitm dan acc lain?cthnya mara...what different

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Pathway accounting macam ni ke...saya masih form 3 tapi berhasrat untuk menjadi seorang penuntut dalam bidang accounting...1.SPM 2.STPM 3.Degree 4.CAT 5.ACCA...macam ni boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat dik. Tapi saya galakkan after spm tu masuk matriks. Saya lepasan matriks dan bakal sambung degree in accountancy di uitm tk lama lagi. Dan CGPA saya 3.96 semasa di matriks :) . Yg penting fokus dan usaha. Apabila kita buat benda yg kita suka inshallah semuanya akan jadi mudah dan lancar

      Delete
  35. Terbaik lah penerangan Sobiha
    Saya lecturer account uitm( dah pencen). Atas alasan alasan di atas lah saya nasihat 2 anak saya buat diploma/degree dulu
    Malahan 1 orang tu sudah dapat JPA scholarship untuk CAT/ACCA. Tapi disadvantage nya bila dah dapat kerja bagus dan berumahtangga malas untuk buat ACCA walaupun 5 paper.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nk tanya, lagi better dan jimat masa ambik acca after cat atau ambik acca after diploma?

      Delete
  36. Ribgkasannya mana bagus kepas SPM ambikk acca di sunway atau sambung diploma. Tanya utk anak saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan. Kalau puan mampu untuk tanggung kos di sunway atau ada scholarship just go for it. Tapi saya tak galakkan sebab agak risiko. Lets say if anak puan tak pass certain papers. Then kena repeat and bayar balik for that paper. Macam saya, dulu dapat sponsorship yayasan peneraju untuk buat acca di sunway tapi saya tolak atas sebab takut pada risiko tersebut. Then, saya buat keputusan untuk masuk matriks buat accounting lepastu sambung degree in accounting kat uitm. Bila dah ada degree or diploma, dia jadi secured la sebab after dip and deg dah boleh apply kerja or try bidang lain if tak pass ACCA.

      Delete
    2. saya baru nak sambung degree accounting , nak tanya susah tak nak dapat job after grad

      Delete
  37. Hai, saya nak tumpang tanya. Kalau boleh ke saya apply kerja dengan SPA untuk cukupkan pengalaman 3 tahun yang diperlukan lepas habis study ACCA?

    ReplyDelete
  38. hi saya nak tanya, apa pendapat jika saya lepas degree account dan dapat tawaran di big4 tapi perlu amik ACCA. company boleh tanggung tapi syarat perlu bond selama 4 tahun. adakah disarankan untuk amik part time ACCA sambil bekerja atau lebih baik untuk berhenti dari big4 kan habiskan 4/5 paper baru sambung kerja semula? mohon pendapat semua ya

    ReplyDelete
  39. tq....tq...tq...sharing yg sgt bermakna.

    ReplyDelete
  40. Salam, maaf bertanya. Saya wanita berumur 30an. Saya merupakan lepasan Diploma Sains (tahun 2015) dari IPTA.

    Dan saya mahu bertanya. Possible ke untuk terus mohon ACCA dengan menggunakan Diploma ini sebab Diploma ini bukan dari bidang Perakaunan.

    Atau SAYA perlu bermula semula dengan mengambil CAT FIA/Diploma Accountancy, then baru layak untuk apply ACCA?

    Mohon respon jika ada sesiapa yang tahu. Terima kasih. 🙏

    ReplyDelete
  41. Menarik artikel dikongsi..btw sis merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi sis 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.(utk finance dan akaun pun bleh ambil )

    ReplyDelete
  42. Saya lepasan degree pengajian islam n dari universiti lain berminat bk sambung acca...tetapi bi spm saya rendah daoat D je... kalau nak sambung acca dia institusi mana ye yg mudah untuk saya join

    ReplyDelete
  43. nak tanya, kalau lepas ambil CAT tu, boleh guna CAT tak untuk kerja kerani account?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts