Apa itu ACCA...?


My friends : " Sobiha, awak belajar course ape..?
Me             : "ACCA."
My friends : "ACCA..??! Ape tu..?"
Me             : .........


Ini ialah antara respons yg biasa sy terima... Kadang2 rasa mcm dah penat nk jawab, sy jawab je;


Me            : "Saya belajar course accounting."
My friends : "Oo... Tapi, skarang kan budak degree akaun tengah cuti. Kenapa awak tak cuti..?"
Me            : -_-''


Kalau sorg tanya, saya ok lg. Tp kalau dah jumpa 10 org yg sy jumpa bertanyakan soalan yg sama, maka, wujudlah entri ini...

www.accaglobal.com

Dalam bahasa mudahnya, ACCA ialah satu kursus yang mana melayakkan graduannya menjadi Professional Akauntan.

Ianya bukan degree atau diploma ataupun sijil... ACCA setaraf dengan MASTER di United Kingdom tetapi di Malaysia, ianya belum diiktiraf sebagai Master.

ACCA merupakan exam-based learning.. Maknanya, 100% peperikasaan akhir. Tiada carry marks macam degree ataupun diploma. Ya. TIADA carry marks. Ala-ala macam SPM gitu.. Hehe..

Pemeriksanya..? Pemeriksa paper ACCA kebanyakannya dari United Kingdom dan yg tukang buat soalan pun dari UK..(kecuali paper dari Malaysia seperti Taxation dan Law).

Jumlah Paper (Subjek) dalam ACCA ialah 14 Paper... Macamana nk apply ACCA..? Senang je..pergi kat BSN, beli nombor pin..hehe..gurau je..! Gurau pun x boleh~


Kalau tengok charts ni mesti anda fikir, baik ambik lepas Degree kan..? 5 Paper je.. Well...sebenarnya kebiasaannya, 1 semester, pelajar disarankan ambik 2 Paper sahaja..(maximum 4 Paper). Jadi, 1 sem = 2 paper = 6 bulan. 5 paper = 3 sem = 1 tahun setengah. Ada pulak yang kata, SIKITNYE paper untuk 1 sem..!! Ayat ni mmg sentap dan menusuk kalbu kami para pelajar ACCA. Untuk pengetahuan anda semua, 1 Paper ACCA bersamaan dengan 3 atau 4 Paper budak Degree Perakaunan..(ni anggaran sahaja). Tak faham..? Mcm nie... 

Contohnya, subjek Cost Accounting, pelajar Degree Akaun belajar selama 3 semester (sama dengan setahun setengah) TAPI semua tu digabungkan dalam 1 Paper ACCA, yang mana kami belajar, selama 1 semester atau pun tak sampai 5 bulan. Sekarang, boleh bagitau sy, sikit ke banyak..? Huhu...

Ok murid2 semua, dah faham ACCA tu apa..? :D Lepas tu, ada pulak soalan...
"Susah tak ACCA...??" 
Susah betul saya nk jawab soalan nie. Saya perlukan masa untuk fikir jawapan ni.. Hehe.. Poyo je.. See ya in next entry~



P/S: ACCA is ONE of my PASSION.. Anything about ACCA, feel free to ask me~ :-)



Comments

  1. Hi Ainin, can I check with you. Im a Bachelor Economic degree holder from UUM. I've been worked in Accounting field couple years. Can I know how can I further my study in ACCA, mission to get a MIA qualification. Thanks.

    ReplyDelete
  2. Hai.. you may contact me thru whatsapp or email or my fb.. :)

    ReplyDelete
  3. sdikit sy x faham flow tersebut . kalau sy dapat pengecualian utk ACCA-CAT-F1 maksudnya apa? ada dlam slip SPM ..

    ReplyDelete
  4. sdikit sy x faham flow tersebut . kalau sy dapat pengecualian utk ACCA-CAT-F1 maksudnya apa? ada dlam slip SPM ..

    ReplyDelete
  5. Berapa yuran pengajian untuk acca dan berapa tahun untuk habiskn pengajian acca

    ReplyDelete
  6. Hi. Sy bekas graduan degree yg bukan course Accounting. Mcmana nk dapatkan ACCA? Tq

    ReplyDelete
  7. Sy baru diploma, mcm mna nak ambil acca papers sekarang musim pandemik so, mcm mna.. sy confuse

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts