Tips For Interview


Salam to all my readers..!

Harini saya nak share pasal tips untuk temuduga for dummies beginners. Ramai kawan-kawan saya yang mengadu diorang sangat takut and tak suka kena interview. 


Well, sebenarnya saya pun nervous. Sape tak nervous kannn..?? So here are the things yang saya buat untuk atasi perasaan nervous saya tu:

Persediaan SEBELUM temuduga:

1. Solat Hajat. 

Kalau boleh, mintak mak n ayah tolong solat hajat skali. Sebab, sebenarnya Jawatan yang kita pohon tu, kita mintak dengan Company tu atau kita mintak dekat Tuhan Yang Maha Berkuasa..?

2. Buat Homework

Google sikit tentang latar belakang Company tu atau jenis perniagaan yang dijalankan. 

3. Tidur awal.. Have a good rest. 

(Yang ni rasanya common sense. Tak payah bagitau pun korang tau..kan? Hehe..)

PAKAIAN



Lecturer saya pernah cerita.. Ada sorang student dia tanya, "Sir, boleh tak saya pakai pakaian seksi sikit semasa temuduga and bukak tudung..? " Terkejut saya dengar soalan macam tu. N yet my lecturer said the student is actually wearing hijab. Nak tahu tak lecturer saya jawab ape?

"Kenapa awak nak pakai macam tu? Awak yakin ke dengan pakai seksi macam tu awak CONFIRM dapat kerja? N adakah awak yakin pakaian awak paling seksi..? Mana tahu kalau ada orang lain yang pakai lagi seksi dari awak ke... " -Okayyy...ayat last tu a bit sarcastic.hehe..-

So, ni adalah nasihat daripada kawan-kawan saya tentang guideline on what to wear during interview:

  • Pakai pakaian yang sopan. Seeloknya baju kurung bagi perempuan and baju kemeja bagi lelaki.
  • Don't overdressed. Maksudnya, tak perlu lah pakai macam nak pergi kenduri kahwin. Pakai simple2 sudah... :D
  • Pakai tudung yang plain dan elakkan too many corak-corak. and also elakkan pakai brooch yang bergantung hayun and panjang2 tu. Senang cerita, stay simple. :)
  • Pakai kasut bertutup. 
Nota kaki: Panduan pakaian ni lebih banyak kepada perempuan sebab lelaki senang je.. dan jugak sebab saya sendiri perempuan. hehe..


Persediaan SEMASA temuduga

1. Datang awal.
(ni pun rasanya common sense. Takyah bagitau pun tak pe. Hee...)

2. Banyakkan berzikir.

Time menunggu tu lah yang paling berdebar rasanya kan. So, apa yang kita boleh buat ialah berzikir banyak-banyak.. Minta Allah lancarkan lisan kita.. Minta interviewer tu nanti suka kat kita.

PERASAAN TAKUT...???


Ok... saya ada tips skit tentang nak mengatasi perasaan takut ni. 

Bayangkan interviewer itu adalah manusia biasa macam kita. Takde ape yang perlu di takutkan. 

Kemudian, bayangkan kita ada di tempat penemuduga tu. Yes. Kalau kita jadi employer atau pemilik syarikat tersebut, kualiti yang macamana kita nak cari dekat pekerja kita. Jadi, kita kenalah tunjuk kepada diorang yang kita memang layak dan ada ciri-ciri tersebut. :)


3. Banyakkan penggunaan Bahasa Inggeris semasa temuduga.

Yang ni depends jugak. Tapi kebiasaannya most companies memang banyak guna Bahasa Inggeris. 


4. Sentiasa senyum.

Duduk hanya apabila dipersilakan. Duduk tegak. Jangan duduk macam orang malas.


5. FAQ.

Ini adalah antara soalan-soalan lazim yang selalu di tanya semasa sesi temuduga:

- Tell me about yourself:
Yang ni korang boleh siap-siap kan skrip dari awal di rumah. Antara perkara yang boleh diceritakan ialah asal mana, berapa adik beradik, hobi apa dia, cici-ciri positif yang ada pada diri korang...etc.

BONUS...!!! 
Jika korang mempunyai abang-abang/kakak-kakak/siapa-siapa yang terdekat yang dah berjaya, SILA CERITAKAN kepada penemuduga itu. Contohnya, boleh bagitahu abang saya merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai 12 buah cawangan di seluruh Malaysia. Atau pun, kakak saya sedang melanjutkan pelajaran dalam PhD sekian sekian sekian...

Ini kerana, jika kita bagitahu asal usul keluarga kita, penemuduga itu akan lebih "impress" atau tertarik kerana kita mempunyai latar belakang keluarga yang memberansangkan. Jadi, maknanya, kita pun mestilah 'hebat' macam family kita jugak.
       
      

- What are you weaknesses and strength:
Masa nak jawab weakness tu, kena sediakan sekali cara-cara korang mengatasi kelemahan tersebut.

-Why should we hire you?
Yang ni, takde skema jawapan. :P Guna lah segala kreativiti yang ada dan segala personaliti positif yang ada pada diri anda. (Untuk lebih senang, boleh guna teknik tadi..Bayangkan anda adalah employer, apakah kualiti yang korang nak ada pada pekerja korang.)



Saya rasa ni je kot antara tips berguna yang boleh di aplikasi kan semasa temuduga. Saya doakan anda semua lulus temuduga dan berjaya mendapat jawatan yang dipohon.

Oh, sebelum saya terlupa! Tips ini hanya sesuai untuk graduan Perakaunan khususnya. Atau bidang-bidang yang sama waktu dengan nya. Hehe..

Yelah, kalau graduan bidang Muzik ke...Architecture ke... dah sah-sah lah lain kan gaya die. :)

Jika korang ada info tambahan, boleh lah kongsi di ruangan komen. Sharing is caring. ^_^










Comments

Popular Posts