Mr. Istikharah
Greetings to all my dear readers. :D Harini mood saya terlebih happy. Hehe.. Jadi, saya doakan korang semua pun berada dalam mood yang happy dan ceria. :)
Haritu saya ada
tengok cerita Mr. Istikharah di tv3. Dan saya perasan lately cerita yang
berkaitan dengan Jodoh & Istikharah
macam banyak pulak, ibarat cendawa tumbuh selepas hujan. Jadi, saya rasa
terpanggil nak komen sikit. Ececehh...
Saya tak tahu lah ni
budaya orang melayu atau mentaliti ke ape. Sebab saya tengok macam asal istikharah
je..mesti orang ingat Kita-solat-sebab-nak-pilih-calon-jodoh. *tepuk dahi*
Setahu saya lah,
solat istkharah ni ditunaikan sebab kita ada beberapa pilihan dan kita tak tahu
nak pilih yang mana. Mestilah nak yang terbaik kan. Jadi, Allah is the Best Planner. Sebab tu lahhh kita buat solat
istikharah.
Sebenarnya, saya ni
bukan lah orang alim atau warak. Tapi saya just nak share apa yang saya tahu
berdasarkan hasil saya tanya orang yang lebih berilmu dan pembacaan buku. Oh,
tapi sebelum tu saya nak cerita satu kisah dulu. Boleh, boleh? :D
CITA-CITA SAYA
IALAH PROFESSIONAL ACCOUNTANT
First time saya
dengar pasal ACCA, masa saya Form 5. Sejak pada tu, saya memang tanam
niat nak sambung ACCA. Sebab ACCA ialah tiket untuk saya jadi Professional
Accountant and my passion is accounting. Kira macam ACCA ni antara taraf tertinggi lah dalam hierarki bidang perakaunan.
Gituhhh.. (Ni yang saya pikir time tu).
Uniknya, ACCA ni
kita tak perlu amik Master or Phd. Cukup dengan sekeping sijil ACCA je dah
cukup untuk jadi Professional Accountant. Kira macam ala-ala batu loncatan or
shortcut laa..
Jadi, sejak sebelum
masuk diploma lagi saya dah niat. Nak sambung Diploma in Accountancy. Lepas tu
sambung ACCA. Sepanjang bertahun-tahun, memang tu apa yang saya doakan setiap
kali lepas solat.
Ku sangka panas
hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Masuk tahun akhir diploma,
result saya jatuh menjunam dengan jayanya. Huhu.. Saya rasa sangat down.
Samapai saya dah lupakan hasrat murni saya nak sambung ACCA tu..
Pejam celik, pejam
celik. Dah pun final sem. Masa ni saya tak tahu nak sambung degree kat mana. Masa
tu saya diploma di UiTM Dungun. Dan kalau ikutkan hati, saya TAKNAK sambung kat
Dungun jugak. Saya rasa macam tak serasi sangat3 dengan UiTM Dungun walaupun
Dungun dekat dengan rumah saya.
Jadi, saya cakaplah
kat ayah saya. Nak sambung degree kat UIA. Sebab tengok UIA macam cool je..!
International university pulak tu. Pastu ayah saya pulak tak setuju. Siap bagi
saya ayat sentap lagi. Ayah saya kata,
“Tak semestinya apa yang awak suka tu, baik untuk awak. Dan tak semestinya apa yang awak tak suka tu tak baik untuk awak.”
Dah ayah saya siap bagi ayat Quran, saya terdiam la kejap. Tak tau nak cakap apa. And saya sangat buntu. Keliru. Stress. Tak tau nak sambung UIA or UiTM Dungun jugak. Jadi saya buat lah Solat Istikharah. (Dah susah baru nak mintak tolong Tuhan. Ish3.. teruk betul).
CARA MENUNAIKAN
SOLAT ISTIKHARAH
Ada beberapa kawan
saya tanya, macamana nak buat solat istikharah? Cara dia sama je macam solat
sunat yang lain. Cuma niat je lain.
“Sahaja aku solat sunat istikharah, 2 rakaat, tunai
kerana Allah Ta’ala.”
Saya tak tahu
bacaan surah yang spesifik lepas baca al Fatihah untuk solat istikharah. Jadi,
saya belasah je surah ape-ape pun. Hehe..
Comel kan sejadah untuk kanak-kanak ni. |
Tapi, cara tu tak
praktikal bagi saya. Time tu saya duk asrama. And hobby saya ialah bercakap
dengan roommate saya. Hehe.. Memang tak dapat lah nak buat macam tu. Lepas
solat, saya zikir2 tapi tido atas katil. Pastu sebelum tido, sempat lagi menyembang. Sabar je laa...
SEMASA SOLAT
ISTIKHARAH
Saya ada terbaca,
tapi tak ingat dah kat mana., Contohnya, kita sedang berada di antara dua atau beberapa
pilihan. Dan kita tak tahu nak pilih yang mana satu. Tapi, maybe kita ada berat
sebelah kat satu pilihan tu.
Apa yang kita kena
buat ialah, semasa kita berdoa tu kita tak boleh berat sebelah kat mana-mana
pilihan. Kena neutral, berlapang dada and
let Allah decide The BEST for us.
Masa saya buat
istikharah tu, saya tak hafal pun doa istikharah. Saya yakin, walau bahasa apa yang kita
guna, InsyaAllah, Allah akan faham.
Berbalik kepada
cerita saya tadi, ada lah dalam dua tiga kali saya buat solat istikharah. Until
lah one night, saya bermimpi. Mimpi tu sangat jelas and looks very real to me.
Saya mimpi ayah saya teman saya daftar masuk kat UiTM Shah Alam!
I was very
suprised!
Saya terkejut dan
terfikir2 apa sebenarnya makna mimpi tu? Sebab masa saya berdoa tu, saya mintak
Allah tolong pilih bagi saya antara UiTM Dungun dan UIA. Kenapa jawapan Dia
bukan antara dua tu. Pelik.
Sebab sebenarnya,
top scorer from UiTM cawangan je dapat sambung degree kat Shah Alam. Dengan
result CGPA saya time tu, memang harapan je laa kannn...
Lepas pikir punya
pikir, baru saya teringat..! Dulu saya pernah bercita-cita nak sambung ACCA.
Maybe tu jawapan Allah untuk saya. Sebab UiTM Shah Alam is the only IPTA di
Malaysia yang tawarkan program ACCA.
SELEPAS SOLAT
ISTIKHARAH
Sebenarnya, sebelum
saya dapat bergelar sebagai seorang pelajar ACCA, macam-macam rintangan jugaklah
yang timbul.
Yang pertama ialah
tentangan pensyarah. Perghh..! Yang ni memang saya takkan lupa lah. Sampai sekarang tak puas hati dengan pensyarah tu. Pensyarah tu tak bagi saya ambik ACCA. Dia
cerita macam-macam in front of the class. Sabar je la...
Antaranya, dia
cakap, “Determination alone is not enough for you to pursue ACCA. You need more
than that.” Mungkin niat dia baik..taknak saya menyesal di kemudian hari. Tapi,
tu lah...
Last skali, dia
cakap kat saya, depan satu kelas “Adakah cerita saya ni cukup untuk melemahkan semangat
awak?”
Dalam hati saya
sebenarnya, ‘Laa..sir cerita-cerita tadi nak lemahkan semangat saya ke..?’
Tapi being a
stubborn person, lagi orang cakap jangan lagi tu lah nak buat. Kan...
Kemudian ada banyak
lah lagi rintangan and halangan yang saya tempuh sebelum nak jadi pelajar ACCA.
Masa hari pendaftaran pun ada banyak dugaan. Tapi Alhamdulillah..semua urusan
dipermudahkan Allah.
Pada pendapat saya,
tak semestinya jawapan istikharah itu Allah bagi dalam bentuk mimpi. Kalau
mimpi tu mungkin bonus. Tapi ianya boleh jugak dalam bentuk Allah mudahkan
urusan kita. Jadi, lepas kita solat istikharah, and kita dah yakin tu jawapan
daripada Allah, stick to it. Memang akan ada halangan. Tapi yakinlah Allah akan
permudahkan urusan kita.
HAMPIR PUTUS ASA
Kalau ikutkan
perancangan, sepatutnya saya habiskan ACCA dalam masa dua tahun setengah. Tapi
bila saya sampai tengah jalan, saya ada banyak paper yang saya repeat. Saya jadi
down sangat. Dah lah tu..repeat banyak kali pulak tu. Mana tak sedih.
Pernah saya
terfikir, rasa macam nak give up and quit ACCA. Rasa macam tak mampu dah kalau
hidup macam ni. Study bagai nak rak. Tapi, end up, fail jugak. :(
Tapi lepas otak dah
boleh berfikir dengan waras balik, tak jadi quit. Hehe.. Saya fikir, saya dah
buat istikharah dah sebelum masuk ACCA. Dan ini jawapan yang Allah bagi. Jadi,
saya Cuma perlu bersabar. InsyaAllah, ada hikmah di sebalik semua ni.
Ohh ya..! Lupa nak cerita. Ingat lagi tak mimpi yang saya cerita tadi..? Lepas setahun buat ACCA, baru saya perasan, apa yang saya mimpi tu sebijik-sebijik berlaku betul-betul..!! Takdelah sama 100% tapi adalah dalam 80% sama..! Jadi, saya bertambah yakin, dan tak jadi putus asa. :)
Ohh ya..! Lupa nak cerita. Ingat lagi tak mimpi yang saya cerita tadi..? Lepas setahun buat ACCA, baru saya perasan, apa yang saya mimpi tu sebijik-sebijik berlaku betul-betul..!! Takdelah sama 100% tapi adalah dalam 80% sama..! Jadi, saya bertambah yakin, dan tak jadi putus asa. :)
Dan, alhamdulillah,
berkat kesabaran tu, saya berjaya jugak sampai ke penghujung perjalanan.
Sekarang, saya baru je habis exam untuk my final paper in ACCA and tengah tunggu
result. Harap korang yang baca ni tolong doakan saya lulus paper ni ya! ^_^
PENUTUP
Kesimpulanya, tak
kira dalam apa jua yang kita buat. Kita kena buat istikharah dulu. Contohnya, tak
tahu nak pilih kerja kat mana.. nak menetap kat mana. Nak exam pun, kena buat
istikharah jugak..! supaya Allah bagi petunjuk dan ilham kepada kita untuk
pilih jawapan yang tepat.
Bak kata Insyirah Azhar, (penulis ebook B.A.D.)
kita kena Bertanya Allah Dulu sebelum buat apa2.
|
Jadi takdelah lepas
ni terjadi kes-kes seperti, taktau lahhh nak pilih kerja kat mana bila ada
banyak offer serentak. Atau menyesal nyee kerja kat sini. Dah lah tak
best..bla..bla..bla...
Haa... kalau
terjadi kes macam ni, menyesal ke..tak suka keadaan sekarang ke, besar kemungkinan
sebab kita tak istikharah dulu sebelum membuat keputusan. Tapi, kalau dah buat
istikharah dan keadaan masih tak seperti yang diharapkan, mungkin sebab Allah
nak bagi yang lebih baik untuk kita. =)
Akhir sekali, saya
doakan anda semua berjaya dan bahagia dalam apa sahaja yang anda sedang lakukan
sekarang ini. Aminnn.
Comments
Post a Comment