10 FAQ About ACCA for Newbie

  

Hai.. Assalamualaikum! :-) Apa khabar semua my beloved blog reader? Sihat..? Saya doakan semuanya baik-baik belaka hendaknya.

Seperti yang saya janjikan di entry yang lepas, kali ni saya akan ceritakan tentang 10 FAQ tentang ACCA. Kalau dalam entry yang lepas, saya ceritakan tentang mitos pasal ACCA, kali ni saya cerita pasal fakta tentang ACCA pulak. :-)


1.    Apa itu ACCA?





Sebenarnya, ada ramai lagi yang tak tahu tentang apa itu ACCA dan ramai jugak yang contact saya dan tanya, ACCA ni macam mana sebenarnya. Sedangkan saya dah pernah explain dalam first entry saya dulu-dulu. Tapi, takpelah..kali ni saya cerita lah lagi sekali dengan lebih detail. Lepas ni….kalau korang tanya lagiiii soalan-soalan mengarut acca tu macam mana….siap lah korang! :P

“ACCA (The Association of Chartered Certified Accountants) adalah merupakan Accounting Professional Body yang diiktiraf secara global. Untuk mendapat sijil profesional ACCA, kita hendaklah lulus maximum 14 paper ACCA. Semua pepriksaan adalah dalam Bahasa Inggeris dan semua silibus serta pemeriksa exam adalah daripada headquarter ACCA di United Kingdom.”





Dan untuk pengetahuan semua, ACCA ni, dia tak sama langsung seperti Degree ataupun Master. Perbezaan yang paling ketara, selain daripada silibus nya, ialah ACCA tak ada system pointer atau pun CGPA. Semua peperiksaan ACCA adalah 100% final exam dan tidak mempunyai carry marks. Untuk maklumat lebih lanjut tentang jumlah paper dalam ACCA dan bagaimana nak apply ACCA boleh baca entry saya yang sebelum-sebelum ni ya.. ;-)


2.    Kalau saya ambil ACCA, perlu kah saya ambil Master?


Seperti yang saya nyatakan tadi, Master and ACCA adalah dua perkara yang tak sama. Kalau orang utarakan soalan macam ni, biasanya saya akan tanya balik.. Awak ambil ACCA sebab apa? Awak nak ambil Master sebab apa?

Secara generalnya, orang yang ambil ACCA ni sebab diorang nak jadi Chartered Accountant dan bekerja dalam industry perakaunan. Dan orang yang ambil Master pula kebiasaannya sebab nak jadi lecturer.

Sebab pendapat saya, jika nak stay dalam industry, better ambil sijil professional..(tak kiralah, ACCA ke, CIMA, ICAEW, etc.) sebab ianya lebih diiktiraf secara global dan lebih diiktiraf oleh kebanyakan majikan.



Tapi, kalau nak bekerja sebagai akauntan dan dalam masa yang sama, nak ambil Master jugak pun boleh je.. Ikut suka hati korang lah..hidup korang bukan saya yang tentukan. :p Lagi pun setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.. Ini cuma pendapat peribadi saya je. Ok, clear? :-)


3.    Satu sem, kena ambil 2 paper je ke..? Sikit nya…




Saya mohon sangat..jangan cakap macam ni dekat budak-budak ACCA.. Boleh bawak putus saudara tau tak? :p hehe..gurau je.. tapi, seriously. Satu paper ACCA, silibus nya sangat meluas. Huhu..

Dan….in order for us to pass the paper, kitorang kena EXPERT in all topics in the syllabus. Saya repeat, SEMUA TOPIC ye.. Dah la satu silibus tu da tebal, kena pulak hadam semua tu. Ini kerana, in ACCA, there’s no such thing as soalan spot ke..ape ke..


Boleh baca sini untuk info lebih lanjut : 14 Papers in ACCA


Soalan ACCA jugak sangat unpredictable. Boleh jadi soalan tu dah keluar dalam exam last sem, tapi keluar lagi this sem. And kadang-kadang boleh jadi jugak soalan yang keluar tu, lecturer tak pernah ajar pun.. *nangis*

Sebab ACCA bukannya exam yang textbook oriented. Maknanya kalau hafal 1 buku teks pun belum tentu boleh lulus. So, boleh bayangkan lah ye.. betapa azabnya, walaupun ‘dua paper je’… Ngeee…

 
;p
  
Sebenarnya, maximum yang ACCA bagi ialah boleh ambil 4 paper sahaja dalam 1 semester. Kebiasaannya, student ACCA ambil 2 atau 3 paper je 1 sem. ACCA pun tahu..kitorang memang tak mampu nak ambil banyak-banyak paper. Haha.

Owh, and satu lagi…sekarang format ACCA dah berubah iaitu sekarang, boleh ambil exam 4 kali setahun (Mac, Jun, Sep & Dec). So, dah tak payah nak gaduh-gaduh ambil banyak-banyak paper in one sem. Dulu, masa zaman saya, exam 2 kali je setahun..Jun and December..huhu..


4.    Susah tak ACCA?



Ni adalah soalan yang PALING FEMES. Kira boleh menang anugerah soalan paling banyak yang ditanya dan juga soalan yang PALING SUSAH nak jawab. Haha.. Dulu saya tak reti nak jawab macam mana. Tapi sekarang saya akan jawab macam ni je;


“Ya. ACCA sangat susah. Tapi..tak bermakna tak boleh lulus langsung. Huhu..”


Saya tak tahu nak bagi analogi macam mana nak describe tahap kesusahan ACCA tu. Haha. Tapi, saya cuba explain. Sebab saya taknak lah ramai orang yang takut sangat nak ambil ACCA. Contoh living proof, saya and kawan-kawan saya hidup je lagi walaupun ambil ACCA. Hehe.. :p

Ok, serius2. Contoh dia macam ni, dalam ACCA, cuma ada pass or fail. Untuk lulus, kena dapat minimum, 50 markah. And majority students memang dapat range markah 50+. Kalau dapat markah 50 on the dot pun, kitorang memang dah syukur sangat dah..siap boleh buat kenduri lagi. Punya lah nak bagitahu betapa susahnya nak dapat 50. Ngee…

And bagi siapa yang dapat markah 60+, memang bagi saya, kategori hebat lah! If dapat markah 70+, ‘hats off’ to the person. Memang sangat wow. Ngee.. and lastly, markah 80+ ni untuk kategori geng-geng yang genius je..haha..

Usually siapa yang dapat markah 80+ or 90+ ni adalah kategori students yang dapat award prize winner. Setiap sem, ACCA akan bagi anugerah world prize winner dan Malaysia prize winner untuk setiap paper bagi student yang dapat markah paling tinggi di dunia atau pun paling tinggi di setiap negara.

Contoh, kalau dia dapat Malaysia's Prize Winner, maknanya markah dia untuk paper tu paling tinggi in Malaysia. And if dia dapat World Prize Winner, maknanya markah dia paling tinggi compare to semua students seluruh dunia yang ambil paper tu untuk semester tu.


ACCA Malaysia's Prize Winner June 2016
No. 1 in Malaysia and No. 6 in the world

So, hopefully, korang dapat lah sikit gambaran kasar tentang ‘tahap kesusahan’ ACCA. Tak dapat banyak, sikit pun jadi lah. Heee…

Kemudian, bila saya cerita-cerita pasal ni, akan muncul lah soalan seperti di bawah: -__-''


5.    Akak pernah repeat ACCA tak?



The answer is, Ya. Pernah. Huhu.. fail ni perkara biasa. Berdasarkan pemerhatian saya (ececeh) setiap student akan fail even though 1 paper. Yang tak pernah fail tu biasanya adalah budak-budak yang sangat pandai and also sangat rajin. Or genius. :p

Selingan sikit.. This is my two cents of thought to my acca juniors, korang tak payah lah malu sangat or feel horrible when you fail acca. It’s not the end of the world. And never ever compare urself to other people yg dah banyak lulus paper. Sebab journey setiap orang tak sama.

Lagi satu, kalau nak compare sangat, sila compare diri kita dengan diri kita yang lepas. Sejauh mana kita dah pergi dah sejauh mana kita dah berubah berbanding dengan diri kita yang dulu.. Okay? ;-)






6.    ACCA mahal tak?



Well, budak akaun tak akan terlepas daripada cakap pasal topik ni. Hehe.. Betul tak? Sebenarnya sebelum saya ambil ACCA dulu, saya tak de terfikir pun pasal berapa yuran yang saya kena bayar. Tapi, lepas dah masuk ACCA…hmmm…baru saya tahu…the fee is…not bad…. :p




Saya cerita secara kasar je lah ek.. Setiap paper..kita kena bayar Yuran Peperiksaan atau Exam Fee. So, maknanya darab dengan 14 papers lah. Tapi takdelah kena bayar semua sekali gus. Kita perlu bayar untuk paper yang kita akan ambil exam pada sem tu sahaja.

Saya tak dapat nak bagitahu jumlah yang exact sebab Exam Fee untuk setiap paper adalah tak sama. Saya letak average setiap paper ada laa dalam £100. (pandai-pandai lah darab sendiri dengan currency semasa..huhu..) And also…the fees will keep on increasing each year.

Kemudian, satu lagi, kita kena bayar Yuran Tahunan atau Annual Fee.. Annual Fee ni dalam lebih kurang £100 lebih dan juga akan meningkat setiap tahun. Huhuhu…

Ini baru cerita tentang Yuran Exam and Yuran Tahunan je.. Belum yuran belajar lagi…huhuhu.. Yuran belajar ni...berbeza rate dia ikut tempat belajar kita. And belum campur dengan kos kalau repeat paper lagi. Huhuhu… Ok, boleh pecahkan tabung ayam masing-masing.. :p


7.    Biasiswa untuk ACCA?



Apabila dah bercakap tentang yuran and kos, lepas tu ramai pulak yang bertanyakan saya tentang biasiswa atau sponsorship. Ok, sebenarnya soalan ni yang paling saya elak untuk jawab.

Bukan kedekut ilmu ke apa ke.. tapi, sebenarnya masa zaman saya belajar dulu memang tak banyak sponsorship yang nak sponsor studentsACCA. Yang paling famous, MARA je. Jadi sebab tu saya tak tahu sangat pasal biasiswa2 ni..huhu..

Tapi, sekarang saya rasa dah banyak dah sponsorship sebab kerajaan tengah giat bagi pendedahan tentang Professional Accounting Qualifications seperti CIMA atau ACCA. Cuma, saya tak ambil ‘port’ sangat pasal ni. Ya lah, dah habis belajar kan..hehe..

Tapi…ada satu je sponsorship yang saya tahu yang agak famous sekarang selain MARA iaitu Yayasan Peneraju. (Ni pun tau sebab poster ni lalu dekat facebook saya..haha..)

 
Siapa yang berminat, boleh lah pergi usha dekat website dia. :)
  

Jadi, selain daripada ni..serious saya memang tak tahu. Saya harap korang yang nak sambung ACCA dan perlukan financing aid, jangan tanya saya ek..dan rajin-rajin lah cari kat google. Hehe.. Sorry guys.. *peace*


8.    Adakah ACCA untuk orang yang nak jadi accountant sahaja?



Tidak. Salah satu sebab kenapa saya pilih nak ambil ACCA adalah sebab saya nampak peluang kerjaya yang sangat luas. Luas maksud nya ada banyak bidang. Bukan boleh jadi akauntan sahaja.

Graduan ACCA, boleh pilih untuk jadi seorang: external Auditor, internal auditor, Tax consultant, Cost Accountant, Management Accountant, Financial Manager, pensyarah, dan banyak lagi.

Sumber: dari Google


9.    ACCA vs CIMA. Which one is better?



Sebenarnya, bukan CIMA sahaja.. ada banyak lagi prof cert yang lain.. such as ICAEW, CFA, CPA, and macam-macam lagi lah.

Kalau tanya saya yang mempunyai passion yang tinggi terhadap ACCA, mesti lah saya jawab ACCA lagi baik. Hehe.. :P Gurau je. Tapi oleh kerana saya mempunyai beberapa kawan yang ambik CIMA, saya boleh lah explain sikit-sikit apa yang saya tau.

ACCA dan CIMA adalah dua benda yang berbeza. Berbeza dari segi..syllabus..yuran..tahap kesusahan. Apa yang saya boleh simpulkan adalah.. CIMA lagi susah dan lagi mahal. Hehe.. 

Sejujurnya, soalan-soalan yang berbentuk macam ni is quite annoying to answer actually.. CIMA or ACCA, which one is better? ACCA vs CPA, mana lagi ok? Sebab ianya ibarat bertanya soalan, apple or orange which one is better? Unfair isn’t it?

It depends, kita nak apa sebenarnya. Kalau nak vitamin C, makan lah buah oren. Kalau nak keeps the doctor away, take an apple a day. Hahaha.. :p *lame joke*

Ok, ok..serius. soalan macam ni jugak lebih kurang sama macam degree in accounting vs degree in finance, which one is better? Susah kan nak jawab? It depends. So, harap sangat korang faham. Banyak analogi yang saya bagi ni dengan harapan, lepas ni tak payah dah la eh tanya soalan macam ni..huhuhu..


10.    Berapa lama nak habiskan ACCA?


Dalam banyak-banyak, soalan ni paling annoying sebenarnya.. ngee.. sebab tu saya sengaja je letak soalan ni last skali. Hahaha.. sebab saya berharap sangat orang tak tanya soalan ni. Tapi, unfortunately, saya dapat banyak je soalan macam ni. Huhu.






Saya kalau boleh nak elak soalan ni sebab, lepas tu mesti korang akan  sibuk  tertanya-tanya pulak, berapa lama saya habis kan ACCA? Ouchh! Kalau org tnye mcm ni, my answer will be, mind your own business. Hehe.. gurau je. *emoji monyet tutup mulut*

Ok, seriously, tolonggg sangat-sangat avoid tanya soalan ni dekat budak ACCA. Sebab ianya ibarat menabur garam ke atas luka yang berdarah. Ouchhh…it burns!

Tapi, saya tahu...ramai di kalangan korang yang curious nak tahu.. atau pun nak ambil ACCA tapi, tak sure..takut-takut and macam-macam lagi lah. Jadi, saya bagitahu lah serba sedikit ok..

Sebenarnya, berapa lama masa nak habiskan ACCA hanya Allah je yang tahu.. Heee... Bukan nak masuk mode alim ke apa ke.. Tak. Tapi, hakikat dia, setiap orang tak sama.

Ada students, yang dalam banyak-banyak paper ACCA, maybe dia repeat 5 paper ke... Or..dia repeat 1 paper je..tapi paper yang sama tu dia repeat 2 or 3 kali.. Lagi parah kalau repeat 5 paper, lima-lima repeat lebih dari 1 kali.. *nangissss*

And ada jugak students yang tak pernah repeat paper langsung! Atau paling-paling pun repeat 1 paper je and repeat sekali je.. So, probability dia sangat banyak. Tak ada jawapan yang fixed. And bergantung kepada student tu sendiri.

Sebab tu payah nak jawab soalan ni. And, tak perlu kot nak tanya ex-students ACCA, diorang ambil masa berapa lama nak completekan ACCA. Bukan apa...untuk mengelakkan ada hati yang terguris. Cewahhh... Kalau student tu straight sitters and tak pernah fail tak pe lah... Buat nya orang tu selalu repeat, sakit kot...huhuhu..

Kalau orang tanya saya pun, biasanya saya jawab je..and senyum. Dalam hati Allah je lah yang tahu macam mana. Ngeee....


Akhir kata, saya minta maaf sangat-sangat kalau saya tak dapat nak jawab semua soalan yang diutarakan. Maklumlah, saya Cuma insan biasa yang lemah.. (buat ayat touching lah pulak..hehe..)

Saya ni sebenarnya bukan nya expert sangat pasal ACCA ni..jauh sekali best student ACCA. Tapi, niat saya cuma nak share my own experience tentang ACCA. Sebab tu kalau ada yang bertanya tentang perkara yang di luar pengalaman saya, saya memang tak boleh nak jawab.

I am just an ordinary girl who has a strong passion towards ACCA.

And if there is any ACCA students who read this and notice ada apa-apa info yang saya tesalah bagitahu ke apa ke, please, let me know. :-)




P/S: Next entry InsyaAllah saya akan share lagi banyak tentang ACCA. :-) Maybe korang boleh drop dekat komen apa lagi info tentang ACCA yang korang nak saya tulis. See ya! :-*


Comments

  1. time skola dulu mmg amik accounting ada la berangan2 gak amik acca ni. tup2 tukar course lain pulak. =D

    ReplyDelete
  2. mek dlu bukan bidang ni tapi ade kawan bidang ni. azab jugak la tgk dia bandingkan kita budak banking je ni :) ape ape pon, kipidap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang azab pun..huhu.. Tapi, lepas da abis sume, da lupe dah semua penderitaan..hehe..

      Delete
  3. hai, nice entry! nak tanya, ada tips x utk pass paper f5? tq 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skarang syllabus da lain kan... Dulu xde mcq. Biasa sobiha gi masuk kelas private kat luar je.. And cari the best lecturer untuk paper tu.. Hehe..

      Delete
  4. Nak tnye mcm mane pulak dgn yg degree dr oxford brooke uni tuh eh ? Yg 2 in 1 tuh kalau ambik ACCA. Boleh explain sikit

    ReplyDelete
  5. Follow the lecturers not the colleges.
    Choose the best & most experienced lecturers which can be done by checking their profiles.

    ReplyDelete
  6. Kenapa susah sangat nak completekan acca registartion ni ? Saya dh penat ulang alik ke pejabat, esok dh final untuk CAT

    ReplyDelete
  7. Salam nak tanya, kalau mcm grad x de kaitan dgn accounting kan mcmana nak amik acca

    ReplyDelete
  8. A modern take on the TEN is Titanium's expensive
    In t fal titanium pan 2010, TEN Corporation acquired a nano titanium license from titanium hair trimmer the U.S. Department gr5 titanium of Labor to develop a sunscreen with titanium dioxide new "TEN" project. The project

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts