6 Tabung Yang Anda WAJIB Ada…!!!


Assalamualaikum and Selamat Sejahtera to all my readers yang dikasihi sekalian.
Saya doakan anda semua dirahmati Allah s.w.t dan anda semua KAYA dan BERJAYA dunia dan akhirat.

Harini saya nak ceritakan tentang 6 Tabung yang kita wajib ada. Ceritanya, saya telah menghadiri satu seminar di Shah Alam. Salah seorang speaker seminar itu merupakan seorang akauntan bertauliah a.k.a Professional Accountant. Since saya ni merupakan pelajar ACCA, haruslah saya excited bangat bila ada akauntan yang bagi speech kan. :D


Credit to Google Image

Masa mula-mula speaker tu cerita tentang ni, reaksi saya ialah “What..???! 6 Tabung...?? Tak pernah dengar pun sebelum nie..? Kenapa kena ada 6...??? This must be so interesting..!”

Ok, pie chart kat bawah ni menunjukkan 6 Tabung tersebut. =)
P/S: Sebenarnya, apa yang speaker tu ajar, lain sikit. Tapi saya olah ikut suka hati saya. Hehehe.. 


Speaker tu bagitahu, Tabung Nec. = 55% and Tabung Charity = 5% sahaja
Tapi saya ubah. :)

Baiklah, sekarang saya akan terangkan fungsi bagi setiap tabung ni. Sila sediakan pen dan kertas ye..hihi.. :p 

Setiap bulan, kita ada terima duit kan? Contoh, bagi yang kerja akan dapat gaji. Students dapat monthly allowance. Atau yang berniaga, akan dapat untung setiap bulan. Jadi, semua duit yang kita dapat tu, kita bahagikan kepada 6 Tabung.

Tabung 1 – Necessities


Saya bagi contoh untuk senang faham. Katakan, setiap bulan, kita dapat gaji bersih RM3,000. Kalau tengok kat pie chart di atas, 50% daripada income kita, kita masukkan ke dalam Tabung Necessities, iaitu RM1,500.

Tabung ini ialah untuk perbelanjaan harian kita. Contohnya, untuk makan, bayar duit kereta, sewa rumah, utilities, etc. Kalau nak belanja apa-apa, guna duit daripada tabung ni. Nama pun necessities kan? Jadi, guna duit dalam tabung ni untuk belaja keperluan harian kita.


Credit - google

Tabung 2 – FFA


FFA adalah short form kepada Financial Freedom Account. FFA ni lebih kurang macam Tabung “Kecemasan”. Korang pernah buat tak, contohnya selit not RM50 misalnya atau not RM10 kat celah wallet. Konon-konon nak guna bila time-time kecemasan la.. Lepas beberapa bulan, ‘ter’guna duit tu. Lepas tu tak ganti balik. “Kecemasan” lah sangat kan..... :p

Tabung FFA ni ialah inovasi kepada Tabung Kecemasan. Setiap bulan, kita WAJIB masukkan 10% daripada income kita ke dalam Tabung FFA. Duit di dalam tabung ini, TIDAK BOLEH dikeluarkan sama sekali. Ala-ala macam KWSP gitu.

Tapi, ni bukan KWSP ye. Ini simpanan kita sendiri. Ala..macam saya tak tahu..duit dalam KWSP pun ada orang keluarkan.. :p  Padahal tu untuk simpanan di hari tua.


Comel kan tabung ni..? ^_^
Saya ambik kat google (again) :p

Tabung 3 – Investment


Tabung Investment ni adalah untuk pelaburan kita. Yelah, duit yang kita terima, mestilah kita nak biakkan. Takkan terima RM3,000, guna semua. Lepas tu habis. Tunggu pulak gaji bulan depan. Itu adalah usaha yang boleh dikatakan kurang bijak namanya.

Apakah bentuk pelaburan yang ada? Haa.... Banyakkkk sangat sebenarnya. Saya bagi contoh; Pelaburan Saham, Pelaburan Emas, Pelaburan Hartanah, Pelaburan Ilmu, dan banyak lagi lah. Membeli buku-buku ilmiah atau pergi ke seminar berbayar untuk menuntut ilmu juga adalah satu bentuk pelaburan.

Amaran: Jika anda ingin terlibat dalam mana-mana Pelaburan, anda WAJIB ada ilmu yang secukupnya. Sila bertanyakan Pakar yang bertauliah di dalam bidang yang ingin dilaburkan untuk mengelakkan wang anda LEBUR di kemudian hari. -Pesanan Penaja-


Maknanya...kalau kita guna duit dalam wallet kita dan invest untuk ilmu,
NOBODY can steal it from us. dan jugak, ILMU adalah

pelaburan yang TERBAIK..!  Faham..? :D

Tabung 4 – LTSS


LTSS ialah Long Term Saving for Spending. Maksudnya, anda menabung untuk membeli sesuatu in the long term. Contohnya, anda sekarang menyewa rumah dan merancang untuk membeli rumah. Jadi, mula lah menabung dari sekarang.

Setiap bulan, masukkan 10% daripada income anda ke dalam tabung ini. Contoh lain ialah kalau yang belum mempunyai kereta, nak beli kereta. Atau yang menjalankan perniagaan, merancang nak memiliki kilang dan sebagainya.

Sila wujudkan amalan menabung untuk membeli sesuatu. Dan HINDARKAN daripada BERHUTANG. 


Credit to google

Tabung 5 - Charity


Mentor saya selalu berpesan, “What you GIVE, you’ll get back MORE.” Jika kita beri duit, kita akan dapat balik duit LEBIH BANYAK. Ini selari dengan hukum karma, iaitu “what goes around, comes around.”

Sebenarnya ini juga ialah janji Allah dan sesungguhnya, janji Allah itu benar belaka. Dan kalau ikutkan hukum Allah, 2.5% daripada pendapatan kita ialah untuk zakat. Tapi, apa salahnya jika kita memberi lebih kan..? :)

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah SWT serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai seratus butir. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang DIa kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah: 261)


Sedekah
1 = 7 x 100


Tabung 6 – FUN


Saya tahu, tabung ni yang paling korang suka kan.. ;p Duit dalam tabung ini ialah untuk menghadiahkan kepada diri kita sendiri atas segala usaha dan penat lelah kita. Tapi kena ingat..! Kita boleh guna 10% sahaja daripada income kita.

Kalau gaji kita RM3000 sebulan, kita boleh guna RM300 sahaja untuk bersuka ria. Contohnya, kalau student, suka pergi tengok wayang. Kalau yang berkeluarga, boleh guna untuk bercuti dan lain-lain.

Kemudian, mungkin ada jugak yang argue, kalau gaji saya RM2000, saya boleh guna RM200 je untuk bersuka ria. Kemudian, selepas ditolak dengan tabung-tabung lain tu, tabung Necessities saya ada RM 1000 je. Nak bayar sewa rumah, kereta, minyak, tol, makan, utilities, topup, bla..bla..bla...memang tak cukup!

Macam mana..???

Sebenarnya, bukan salah tabung-tabung ni kalau wang berbelanja anda tak cukup atau duit untuk bersuka ria anda menjadi sikit. Sebenarnya, salah anda. Ye, salah diri kita sendiri sebab kita TAK MENINGKATKAN PENDAPATAN KITA.




Kesimpulannya, kalau kita nak berbelanja dengan banyak, kita kena lah ada income yang banyak. Bukan duk korek je duit dalam tabung untuk berbelanja. And sedar-sedar, bila dah hujung bulan, duit dalam bank, tinggal RM50 je. Angan-angan nak bagi duit belanja kat mak dan ayah kat kampung, menjadi angan-angan Mat Jenin.


Ngeee...!


Nasihat saya ialah, apabila nak berbelanja, sila ukur baju di kain sendiri. Saya doakan, semua pembaca saya tergolong dalam yang bijak berbelanja dan bijak menguruskan wang. Selamat beramal dan selamat menabung..! :D







Nak buat side income secara santai? 

Jom join saya dalam Team yang paling happening di Malaysia..!

Nak rasa sendiri makanan tambahan yang BERKHASIAT dan TERBUKTI BERKESAN untuk anda dan seisi keluarga?

Jom kita sembang-sembang. ^_^














Comments

  1. Thanks sobiha..Good Sharing!! :-)

    ReplyDelete
  2. Perkongsiaan yang sangat best. Jom menabung ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak..! Jom2 kita menabung untuk persiapan di masa akan datang. =)

      Delete
  3. Good sharing! Ilmu yang sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aziemah..! Alhamdulillah...semoga kita semua dapat manfaat and dapat sama-sama amalkan. ^_^

      Delete
  4. Thanks Sobiha. Santai dan berilmu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts