RAHSIA DI SEBALIK NAMA


Assalamualaikum kepada pembaca saya yang Muslim.. dan Selamat Sejahtera to all my readers. :)

Harini sebenarnya saya nak ceritakan rahsia di sebalik nama saya. :D

MY NAME IS AININ SOBIHA


Al kisah nya haritu..tetibe ada sorang akak tu.. dia tanya tentang nama saya. Berikut ialah perbualan kami berdua;

Akak : Nama awak siapa..?
Saya : Sobiha.
Akak : Ooo..apa maksud dia..?
Saya : (Terdiam 2 saat. Lepas tu baru jawab.) Subuh… :)

Yang sebenarnya, saya terdiam sekejap tu..sebab saya tak sangka akak tu nak tanya maksud nama saya. Sebab biasanya, reaksi pertama bila orang dengar nama saya ialah…diorang akan buat muka pelik. Huhu..

Bagi saya, nama saya tak pelik. Tapi unik. Hihi..

Semasa saya lahir, ayah saya sedang memegang jawatan sebagai Guru Bahasa Inggeris di Darul Quran. Jadi, bila saya lahir, ramai lah anak murid ayah saya yang cadangkan nama-nama arab yang jarang di dengar untuk saya.


Gambar ihsan google. Ini bukan saya masa kecik.. :p

Tapi, tak syok lah kannn kalau tak letak nama anak sendiri. Akhirnya, ayah saya sendiri pilih untuk letak nama saya – AININ SOBIHA BINTI SALIM @ HASNAN yang bermaksud, “Cahaya Mata di waktu Subuh”. :)


Pemandangan di waktu Subuh. (again credit to google.hehe..)

Sebenarnya, ada kisah  di sebalik nama saya. Oleh kerana nama saya Sobiha (Subuh), dah sah-sah lah kan saya lahir waktu subuh. To be exact, pukul 6.02 pagi. :D

Mak saya beritahu, dia dah start sakit dari pukul 2 pagi lagi. Tunggu punya tunggu, saya tak lahir2 lagi. Sampailah dah masuk waktu Subuh… Kemudian, ayah saya buat keputusan nak pergi surau untuk solat skejap. Dan-dan, time tu jugak saya lahir. Hehe..

Ayah saya tak habis-habis usik saya sampai sekarang. “Awak ni…lain kali, tunggu lah abah abis solat dulu.. Abah tunggu lama, awak tak keluar-keluar. Kesian mak awak, lahirkan awak sorang-sorang.”
Lawak lah ayah saya..! Macam saya boleh control pulak kan..bila nak keluar. Ngeeee….

BETAPA KASIHNYA SEORANG IBU


Semasa dalam proses nak “menamakan saya”, salah satu nama yang dicadangkan ialah Sumayyah. Abang saya yang cadangkan. Tapi, mak saya bertegas taknak. Sebab mak saya kata,

“Ma tak sanggup..bila sebut nama Sumaiyyah, Ma terbayangkan Sumaiyyah dan keluarga Yasir didera di padang pasir. Kena rendam dalam air yang mendidih.”

Masa saya dengar tu, saya sangat terharu dan tersentuh..! Padahal kalau nak ikutkan itu nama je pun… Tapi, betapa mak saya sayang kan saya dan kalau boleh, dia taknak tengok anak dia menderita macam Sumayyah. Sebab, nama yang kita letakkan untuk anak kita juga merupakan salah satu bentuk doa. Jadi, saya faham, mak saya nak doakan yang baik-baik sahaja untuk saya. Dan dia taknak tengok saya susah langsung kalau boleh.

T_T *nangis*
Jom kita bertafakur sebentar, dan hadiahkan Al Fatihah buat kedua ibu bapa kita..sama ada yang masih hidup, atau pun telah kembali menghadap Allah s.w.t.  -Al Fatihah.-

AININ KE....SOBIHA??


Sejak saya lahir..sampai lah saya habis SPM, semua kawan2 dan family panggil saya Ainin. Tapi, saya selalu merungut… sebab nama Sobiha tu, macam tak wujud je… 

Saya ni sebenarnya, jenis yang tak suka pendekkan nama. Sebab bagi saya nama tu doa. Kalau pendekkan, takut makna dia lari. Dan jugak, penat-penat ayah saya cari nama yang sesuai untuk saya, takkan saya nak pendekkan sesuka hati.

Jadi, start daripada saya masuk U, kalau orang tanya, saya akan perkenalkan diri saya sebagai Sobiha. Tapi, kepada kawan-kawan saya yang dah panggil saya Ainin, tak perlu nak gedik-gedik panggil Sobiha pulak. :P

Sebenarnya, saya tak kisah pun.. Both are my names. But, I prefer Sobiha more. :D

P/S: Sebenarnya, saya tak cek pun maksud nama Ainin dalam buku. Terima je bulat-bulat apa yang ayah saya beritahu. hehe.. Tapi yang pasti, nama Sobiha ada dalam Surah Al-'Adiyat ayat 3. :)



Sekian. Terima kasih sebab sudi baca kisah nama saya. ^_^




Comments

  1. i am very proud with my name and i love it very much..! :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts